Boleh dikatakan majoriti kita sudah pasti akan menghabiskan masa yang lama menerusi aplikasi hiburan seperti TikTok dan seumpamanya. Ditambah pula konten-konten yang disajikan pula sentiasa fresh membuatkan sebahagian daripada kita akan tercenderung ke arah ketagihan pula.

Dalam mengatasi masalah ini daripada berlarutan, pihak TikTok telah mengumumkan ciri baharu yang membolehkan pengguna mengawal waktu yang diluangkan dalam aplikasi tersebut.

Sumber Gambar: TikTok

Buat pengguna bawah umur, mereka telah disarankan untuk mengaktifkan ciri ini jika aplikasi ini mengesan lebih daripada 100 minit dihabiskan sehari. Pengguna diberikan kebebasan untuk menetapkan had masa mengikut keselesaan masing-masing. Sebuah dashboard bakal memaparkan statistik penggunaan seperti jumlah aplikasi dibuka dalam seharian.

Malah, pengguna akan diberikan notifikasi untuk berehat sebentar sebaik dikesan melayari aplikasi tersebut pada tempoh yang ditetapkan. Dengan ini, pengguna dapat menguruskan masa dengan lebih baik serta membuat aktiviti berfaedah selain melayari aplikasi TikTok semata-mata.

Dalam pada itu, anda juga berkesempatan mengawal konten TikTok anak-anak anda dengan mengikuti tutorial di pautan bawah.

Wanita Ini Kongsi Cara Kawal Konten TikTok Anak-Anak Menerusi Fungsi Family Pairing

Ini Caranya Sembunyikan Akaun TikTok Daripada Terdedah Setiap Kali Berkongsi Video

Sumber